Masukkan pilihan lain Wikipedia:Tajuk_rencana_(gunakan_bahasa_Melayu)

Dalam setiap rencana, digalakan menyenaraikan semua nama biasa subjek terutama pada perenggan pertama. Apabila nama tempatan diberikan dalan huruf bukan Latin ia perlu dimasukkan bersama nama dalam pengalihan transliterasi huruf Latin. Sebagai contoh, rencana Beijing perlu menyebut bahawa bandar ini juga dikenali sebagai Peking, dan kedua nama dihasilkan dari nama Cina 北京. Ia juga berguna bagi mempunyai banyak lencongan kepada rencana utama, terutama seperti Sverige yang dilencongkan kepada Sweden. Sekiranya terdapat jumlah nama atau bentuk lain yang banyak ia mungkin berguna bagi meletakkan hanya dua atau tiga yang paling biasa dalam perenggan pertama dan menyenaraikan yang lain dalam perenggan lain atau sebagai nota kaki bagi mengelak memenuhi permulaan rencana.